Hadith - Kelebihan Orang Miskin Daripada Orang Kaya

Saturday, January 15, 2011

Dari Jabir bin Abdullah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Seorang muslim yang fakir akan memasuki syurga empat puluh tahun terlebih dahulu daripada seorang muslim yang kaya."
[at-Tirmidhi]
Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Orang-orang fakir akan memasuki syurga terlebih dahulu daripada orang-orang kaya dengan kadar setengah hari. Dan setengah hari bersamaan lima ratus tahun."
[at-Tirmidhi]
Dari Abdullah bin Umar r.huma. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Pada hari kiamat kelak akan dihimpunkan sekalian manusia dan akan diseru kepada mereka: Dimanakah orang-orang fakir dan miskin di kalangan umat ini? Nabi bersabda: Mereka semua akan bangun dan dikatakan kepada mereka: Apakah yang engkau amalkan? Mereka akan menjawab: Wahai Allah! Engkau telah menguji kami (dengan kemiskinan) namun kami tetap bersabar. Engkau telah memberikan harta dan pemerintahan kepada orang selain daripada kami. Allah berfirman: Kamu bercakap benar! Rasulullah s.a.w. bersabda: Lantas mereka dimasukkan ke dalam syurga terlebih dahulu daripada orang lain. Dan tinggallah mereka dengan penghisaban yang keras di kalangan orang-orang yang kaya dan para pemerintah."
[Ibnu Hibban]


Tags :

500 tahun, Abdullah bin Umar, Abu Hurairah, At-Tirmidhi, bersabar, fakir, harta, harta dihisab, hisab yang keras, Ibnu Hibban, Jabir bin Abdullah, kaya, kemiskinan, kiamat, lima ratus tahun, masuk syurga dahulu, memasuki syurga awal, Muslim, muslim yang fakir, muslim yang kaya, orang fakir, orang kaya, orang kaya dihisab, para pemerintah, pemerintahan, penghisaban keras, penghisaban yang keras, peringatan untuk si kaya, setengah hari, skim cepat kaya, syurga, tetap bersabar, ujian kemiskinan

0 comments:

Post a Comment

 
 
 

Payment for books thru PayPal

Nama Produk
Pilihan Serahan

Payment thru Bank Transfer

Nama:
Email Address:
Produk Pesanan dan Jumlah Harga dibayar.
Pilihan Serahan Produk
Bank transfer shj. CIMB : 0106-0000100-20-5
Maybank : 151016003450

Form provided by Freedback.
 
Copyright © 8 | Lan