Introducing the book

Saturday, February 20, 2010

Darul Andalus di Golden Landmark mendapat sambutan

Cawangan kedua Darul Andalus di pusat membeli-belah Golden Landmark, Victoria Street (gambar atas), mendapat sambutan memberangsangkan sejak dibuka pada 1 Oktober lalu. Toko Darul Andalus yang kedua itu lebih besar dari toko yang pertama di Wisma Indah (Changi Road) namun mengekalkan ciri-ciri hiasan dan identiti korporat firma tersebut.

Sambutan banyak tertumpu pada kitab Al-Quran, kamus dan buku-buku bacaan kanak-kanak. Buku bacaan peringkat remaja dan dewasa juga mendapat perhatian.

Ketua Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Darul Andalus, Ustazah Khaafizah Haniff berkata, pihaknya akan terus menambah koleksi bahan bacaan di toko Darul Andalus.

'Bagi melengkapi koleksi bahan bacaan, Darul Andalus akan menerbitkan lima buku dalam kategori novel, cerpen dan sajak dari siri Sayembara Novel Temasek dan Sayembara Noktah Putih.

'Kedua sayembara ini adalah usahasama dengan Asas '50. Ketiga, kamus tematik ugama juga akan diterbitkan buat julung-julung kalinya,' kata beliau.

Toko Darul Andalus di kedua cawangan turut menawarkan pilihan barangan gaya hidup Muslim seperti telekong, songkok, sarung tangan, baju batik, kain pelikat, baju renang Muslim. Sambutan untuk kebanyakan produk-produk ini juga melebihi jangkaan kerana kualiti yang baik dan harga berpatutan. Sempena pembukaan cawangan di Golden Landmark, diskaun harga istimewa diberikan kepada para pelanggan di kedua-dua cawangan.

Sumber : Cyberita Online Singapura

 
 
 

Payment for books thru PayPal

Nama Produk
Pilihan Serahan

Payment thru Bank Transfer

Nama:
Email Address:
Produk Pesanan dan Jumlah Harga dibayar.
Pilihan Serahan Produk
Bank transfer shj. CIMB : 0106-0000100-20-5
Maybank : 151016003450

Form provided by Freedback.
 
Copyright © 8 | Lan