Bahaya bangga diri dan takbur

Tuesday, March 30, 2010

Dari Anas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Perkara-perkara yang membinasakan ialah sifat kikir yang dituruti (yakni melakukan perbuatan kikir), kehendak hawa nafsu yang diikuti, dan seseorang yang menganggap dirinya baik."
[Bazzar, Baihaqi, At-Targhib 1/286]

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sejahat-jahat manusia ialah seseorang yang merosakkan akhiratnya kerana dunia orang lain (Demi untuk memberi manfaat dunia kepada orang lain, dia merosakkan akhiratnya dengan melakukan perkara yang memurkakan Allah S.W.T.)."
[Baihaqi 5/358]

Dari 'Umar bin Khattab r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Yang paling aku takutkan terhadap umatku ialah si munafiq [orang fasiq yang riya') yang pandai pada lidah (bercakap perkara-perkara keilmuan tetapi dirinya kosong dari iman dan amal)."
[Baihaqi 2/284]

Dari Abdullah bin Qais Al-Khuzai r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa melakukan kebaikan untuk diperlihatkan orang, Allah akan murka kepadanya selagi dia tidak meninggalkan niatnya itu."
[Tafsir Ibn Kathir 3/112]

Dari Abdullah bin 'Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang di dunia ini mengenakan pakaian kemasyhuran, maka Allah S.W.T. akan memakaikannya pada hari Qiamat nanti pakaian kehinaan, lalu menyalakan api di dalamnya."
[Ibn Maajah]

0 comments:

Post a Comment

 
 
 

Payment for books thru PayPal

Nama Produk
Pilihan Serahan

Payment thru Bank Transfer

Nama:
Email Address:
Produk Pesanan dan Jumlah Harga dibayar.
Pilihan Serahan Produk
Bank transfer shj. CIMB : 0106-0000100-20-5
Maybank : 151016003450

Form provided by Freedback.
 
Copyright © 8 | Lan