PTD 169680 Taman Pulai Indah
Leave ur msg here ...
Followers
For Reading Purpose
1. The Montessori Method
2. Montessori FAQ's
3. Montessori, Birth to Three Years Old (Parenting) and here also.
4. Montessori, Three to Twelve
5. Montessori Materials and Learning Environment
6. Montessori Homeschooling
Posted by Pensil at 11:20 AM 0 comments
Dari Kementerian Pelajaran Malaysia
Pengenalan
MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.
OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH
- Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik,
- Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,
- Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,
- Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,
- Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,
- Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,
- Mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik,
- Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Merupakan pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang menitik beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Di samping menekankan aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bekerjasama, sifat hormat-menghormati dan berdisplin bagi menyediakan mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang lebih formal di sekolah rendah.
VISI
"Pengurusan Pengurusan Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia"
MISI
Membangunkan Sistem Pengurusan Pendidikan yang Bertaraf Dunia bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara.
LATAR BELAKANG PROGRAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
18 DISEMBER 1991
Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan KPM melaksanakan Program Prasekolah.
Sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah telah dibuka termasuk 26 buah di Maktab Perguruan.
AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550)
Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan
6 JUN 2001
Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju KPM melaksanakan Peluasan Program Prasekolah
BILANGAN KELAS PRASEKOLAH
Sehingga 31 Januari 2007 sebanyak 5852 buah kelas telah dibuka di bawah KPM.
Posted by Pensil at 3:02 PM 0 comments
Matlamat Pendidikan Kami
Masya Allah, sehingga ke hari ini seramai 34 orang telah menyatakan minat dan berkeinginan untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan. Matlamat pendidikan di pusat pendidikan kami adalah:-
- Melahirkan insan yang mengenali Rab mereka, meyakininya dan memberi kesan dalam kehidupan seharian.
- Melahirkan insan yang mengenali Rasul mereka, Nabi Muhammad s.a.w., meyakini ke atas segala ajarannya dan mengamalkan dalam kehidupan seharian tanpa keraguan.
- Melahirkan insan yang celik agama, iaitu Islam, yakin atas segala ajarannya dan beramal dengannya dalam kehidupan seharian tanpa keraguan.
Posted by Pensil at 11:13 AM 0 comments
Pusat Didikan Awal Kanak-Kanak
Kami bercadang membuka sebuah pusat didikan anak-anak. Pusat didikan ini bakal dibuka di Taman Pulai Indah, Johor Bahru, Johor. Insya Allah ia akan beroperasi mulai 2010 nanti.
Posted by Pensil at 11:24 AM 0 comments
Labels: Announcements
Guru diperlukan
Mereka yang berminat dengan profesion didikan anak-anak diperlukan. Keutamaan diberikan kepada mereka yang:-
- mempunyai Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan
- boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris.
- tinggal di sekitar Johor Bahru atau Johor.
- mempunyai didikan asas Islam
- muslimah yang beramal
- menyayangi kanak-kanak
- keutamaan kepada yang berpengalaman mengajar di mana-mana Tabika
- mempunyai pengalaman menguruskan Tabika diutamakan.
- mempunyai lesen memandu
- muslimah diutamakan
- resume dan
- kertas kerja cadangan menjalankan pusat pendidikan kanak-kanak, pentadbiran, pengurusan kewangan dan perlaksanaan.
Bagi yang berminat bolehlah menghantar resume dan kertas kerja dan emelkan ke hryniaga@gmail.com
Mengapa kami memerlukan kertas cadangan anda?- Oleh kerana ini adalah pusat pendidikan kami yang pertama, kami memerlukan individu yang berkemampuan untuk memajukan pusat pendidikan ini
- Individu yang boleh memimpin dan mentadbir kerana anda berseorangan pada awalnya.
Posted by Pensil at 4:11 PM 1 comments
Labels: Advertisements, Guru, Pendidik, Ustazah