Mengenali dan Mendampingi Ahli Haq (Orang Yang Benar)

Friday, January 14, 2011

Hubungan yang rapat dengan ahlullah (orang yang hampir kepada Allah S.W.T.) dan kerap menghadirkan diri dalam majlis-majlis mereka akan menambah kekuatan agama dan akan menghasilkan kebaikan dan keberkatan. Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Mahukah aku tunjukkan kepada kamu suatu perkara yang menguatkan agamamu dan dengannya kamu akan mendapat kebaikan dunia dan akhirat. Hendaklah kamu selalu bersama dengan orang yang mengingati Allah S.W.T. (ahlullah)."

Adalah penting untuk memastikan siapakah sebenarnya ahlullah? Ahlullah ialah mereka yang mengikut sunnah Rasulullah s.a.w., kerana Allah S.W.T. telah menjadikan kekasihNya Nabi Muhammad s.a.w. sebagai contoh teladan untuk umatnya dan berfirman dalam kitabNya yang suci:
"Katakanlah (wahai Muhammad) jika benar kamu mengasihi Allah S.W.T. maka ikutilah aku. Nescaya Allah S.W.T. mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah S.W.T. Maha Pengampun Maha Mengasihani."
[Ali-'Imran: 31]

Oleh itu, orang yang mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. dengan sempurna maka sebenarnya dialah ahlullah. Setakat mana seseorang itu jauh daripada amalan sunnah Rasulullah s.a.w. setakat itu juga dia akan jauh daripada Allah S.W.T. Para mufassir menerangkan bahawa orang yang mendakwa mencintai Allah S.W.T. tetapi menentang sunnah Rasulullah s.a.w. adalah seorang pendusta, kerana kaedah dan prinsip cinta ialah sesiapa yang dicintai maka rumahnya, dinding-dindingnya, halamannya, tamannya malah haiwan peliharaannya pun turut dicintai. Seorang pujangga bermadah:

Aku melalui tembok-tembok bandar Laila,
Aku mencium tembok ini dan mencium tembok itu,
Bukan cinta bandar itu yang mengasyikkan hatiku,
Tetapi cinta sidia yang mendiami di bandar itu.


Seorang pujangga lain bermadah:

Kamu menderhakai Allah tetapi
kamu mendakwakan cinta kepadaNya.
Demi Allah, ini adalah perkara yang pelik.
Jika cintamu benar pasti engkau mentaatiNya.
Kerana kekasih patuh kepada yang dikasihinya.


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,

"Semua umatku akan memasuki syurga kecuali mereka yang enggan." Para sahabat r.a. telah bertanya, "Siapakah mereka yang enggan?" Maka Nabi s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang mentaatiku akan memasuki syurga dan sesiapa yang menderhakaiku, merekalah yang enggan."
[Misykat, al-Bukhaari]

Dalam hadith yang lain Nabi s.a.w. bersabda,
"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga keinginannya mengikut agama yang saya bawa."
Sungguh menghairankan jika terdapat orang yang melaung-laungkan kesejahteraan Islam dan umatnya tetapi mereka sendiri tidak mentaati Allah S.W.T. dan RasulNya. Sekiranya dikatakan di hadapan mereka itu bahawa perkara yang mereka lakukan bertentangan dengan sunnah dan berlawanan dengan cara Nabi s.a.w. maka kita dianggap seolah-olah telah menikam mereka dengan lembing. Seorang pujangga berkata:

Sesiapa sahaja yang memilih jalan yang bertentangan dengan jalan pesuruh Allah S.W.T., tidak mungkin akan sampai ke matlamatnya.


Bersambung ...

Tags :

ahlullah, akhirat, al-Bukhaari, Ali-’Imran: 31, Allah S.W.T., Bukhari, contoh teladan, hampir kepada Allah, jauh daripada Allah, jauh daripada sunnah, kaedah cinta, kebaikan akhirat, kebaikan dunia, kesejahteraan Islam, Laila, menambah kekuatan agama, mendakwa mencintai Allah, mendampingi Ahli Haq, menentang sunnah Rasulullah, mengampunkan dosa, mengenali Ahli Haq, menghasilkan kebaikan, menghasilkan keberkatan, mengikut sunnah, mengikut sunnah Rasulullah, menguatkan agama, Misykat, mufassir, Nabi Muhammad s.a.w, pendusta, prinsip cinta, pujangga, rapat dengan ahlullah, Rasulullah s.a.w., Sunnah, tidak mentaati Allah, tidak sempurna iman

0 comments:

Post a Comment

 
 
 

Payment for books thru PayPal

Nama Produk
Pilihan Serahan

Payment thru Bank Transfer

Nama:
Email Address:
Produk Pesanan dan Jumlah Harga dibayar.
Pilihan Serahan Produk
Bank transfer shj. CIMB : 0106-0000100-20-5
Maybank : 151016003450

Form provided by Freedback.
 
Copyright © 8 | Lan