Hukum Wanita Memandang Kepada Lelaki

Saturday, January 15, 2011

Bismillahirrahmanirrahim... rujukanbuku 'Hijab Memelihara Kesucian Wanita Muslimah', ms.80-81.

Sebagaimana kaum lelaki diperintahkan untuk tidak memandang wanita-wanita yang bukan mahram, wanita juga diperintahkan untuk tidak memandang lelaki yang bukan mahram.

Ummu Salamah r.a (isteri nabi s.a.w) berkata,

'Suatu ketika saya dan Maimunah berada bersama-sama Rasulullah s.a.w. Ketika itu tiba-tiba Abdullah bin Ummi Maktum masuk ke rumah. Kerana mengetahui Abdullah buta, kami tidak menurunkan hijab dan tetap duduk di sana. Rasulullah s.a.w bersabda, 'Pakailah hijab di hadapannya!'. Saya bertanya, 'Wahai Nabi Allah, bukankah ia buta? Ia juga tidak melihat kami'. Rasulullah s.a.w menjawab, 'Apakah kamu berdua juga buta? Tidakkah kamu dapat melihatnya?'.

Kesimpulan dari hadis tersebut, adalah menjadi kewajipan bagi wanita agar tidak melihat kaum lelaki, sebagaimana telah disebutkan dalam Al-Quran,'Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman agar menundukkan pandangan mereka...' (Surah An-Nur, ayat 30).
Abdullah bin Ummi Maktum r.a adalah seorang yang buta dan seorang sahabat Nabi s.a.w yang sangat warak. Kedua isteri Rasulullah s.a.w juga sangat warak. Meskipun demikian, Rsulullah meminta kedua isterinya agar memakai hijab di hadapan Abdullah r.a.

Sumber : Mata Hati Wanita Solehah

0 comments:

Post a Comment

 
 
 

Payment for books thru PayPal

Nama Produk
Pilihan Serahan

Payment thru Bank Transfer

Nama:
Email Address:
Produk Pesanan dan Jumlah Harga dibayar.
Pilihan Serahan Produk
Bank transfer shj. CIMB : 0106-0000100-20-5
Maybank : 151016003450

Form provided by Freedback.
 
Copyright © 8 | Lan