Dari Abu Umamah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Dengan berbuat kebaikan akan terhindar daripada kematian yang buruk, bersedekah dengan sembunyi akan menyejukkan kemurkaan Allah dan silaturrahmi iaitu menjalin hubungan yang baik di antara saudara-mara akan memanjangkan umur".[at-Tabaraani dan Majma uz Zawaid]
Dari Anas bin Malik r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang ingin umurnya dipanjangkan dan rezekinya ditambahkan, hendaklah dia menjalin hubungan silaturrahmi dengan baik kepada saudara-mara ibubapanya."[Musnad Ahmad]
Dari Muaz r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang berbuat kebaikan kepada kedua ibubapa, berilah berita gembira untuk mereka, yakni Allah Taala akan menambahkan umurnya."[Hakim]
Tags :
Abu Umamah, Anas bin Malik, at-Tabaraani, berbaik kepada saudara-mara, berbuat kebaikan, bersedekah dengan sembunyi, Hakim, Ibubapa, kebaikan, Kematian, kematian yang buruk, Kemurkaan Allah, Majma uz Zawaid, memanjangkan umur, menambahkan umur, menjalin hubungan baik, menjalin hubungan silaturrahmi, menyejukkan kemurkaan Allah, Muaz, Musnad Ahmad, Panjang Umur, Rezeki, rezeki ditambahkan, Saudara-mara, Sedekah, Silaturrahmi
0 comments:
Post a Comment