Dari Abu Umamah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya mandi pada hari Jumaat itu menggugurkan dosa-dosa sehingga ke akar-akar rambut (dan bulu-bulu roma)."[at-Tobarani, Majma' az Zawaid]
Dari Aus ibn Aus As Saqafi r.a. berkata; Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat dengan sebaik-baik mandi dan pergi ke masjid lebih awal dengan berjalan kaki dan tidak menunggang kenderaan dan duduk berhampiran dengan imam, mendengar khutbah dengan teliti dan penuh perhatian, tidak berkata-kata yang sia-sia, maka setiap langkah yang dilangkahinya akan mendapat ganjaran berpuasa selama satu tahun dan mendapat ganjaran satu tahun beribadat pada waktu malam."[Abu Dawood]
Tags :
Abu Dawood, Abu Umamah, akar rambut, at-Tobarani, Aus ibn Aus As Saqafi, berjalan kaki, bulu roma, dosa, duduk berhampiran imam, Ganjaran, ganjaran berpuasa, Jumaat, kata yang sia-sia, Khutbah, Majma’ az Zawaid, mandi, Mandi Sunat, mendengar dengan teliti, mendengar khutbah, menunggang kenderaan, penuh perhatian, pergi ke masjid, puasa setahun, setahun beribadat, setiap langkah, Sunat Jumaat
0 comments:
Post a Comment